MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT (BEG SEKOLAH)

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT (BEG SEKOLAH)
KEPADA ANAK-ANAK AHLI
PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
LENGGENG
– Seramai 150 orang asnaf
dari 15 Unit Peladang PPK Sri Klana
Lenggeng telah menerima bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun 2020 dalam
Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Anak-Anak Ahli Peladang (Asnaf) yang diadakan pada 26 Disember 2019 dibuat mengikut kawasan (zon).
Zon II - Ulu Beranang & Tarun
Zon III - Daching Hulu, Daching Hilir & Sg Jai
Zon IV - Sg Machang Hilir, Sg Machang Hulu, Kg Rawa, Lenggeng & Mendom
PPK
Sri Klana Lenggeng telah memperuntukkan RM 30,000.00 wang
zakat untuk diagihkan kepada asnaf dengan masing-masing mendapat sebuah beg sekolah, satu set alat tulis dan wang tunai sebanyak RM 100 setiap seorang.
Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Dato’ Zulkefly Mohamad bin Omar iaitu
Pengerusi PPK Sri Klana
Lenggeng bersama semua Ahli Jemaah Pengarah serta kakitangan yang terlibat.
Comments
Post a Comment