Lawatan Pengerusi LPP Dato' Mazlan bin Aliman



Lawatan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur
ke
Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng



Assalamualaikum WBT,

Masih belum terlambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2020. Didoakan semoga PPK Sri Klana Lenggeng terus maju ke hadapan dengan pelbagai program dan projek yang memberi kesan yang positif dalam menjana pendapatan dan menjaga kebajikan ahli-ahli peladang PPKSKL.

Pada 07 Januari 2020 jam 3.00 petang, Pengerusi LPP Ybhg Dato' Mazlan bin Aliman telah mengadakan kunjungan ke PPK Sri Klana Lenggeng untuk melihat perkembangan Projek Fertigasi Sayuran Berdaun dan memberi sedikit nasihat bagi memajukan PPK Sri Klana Lenggeng. Kunjungan ini dihadiri oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan dan barisan Ahli Jemaah Pengarah PPKSKL serta ketua-ketua unit peladang. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut menjayakan program pada hari tersebut.

#LPPKL #LPPNS #PPNNS #PPKSKL #PPK2020

Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN