MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum WBT

Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Palm Mall Hotel, Seremban pada 24 Oktober 2019. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung Tahunan ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Mazlan bin Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang ibu pejabat.

Tahniah dan syabas kepada PPK Sri Klana Lenggeng yang telah dianugerahkan sebagai Audit Sifar diatas kejayaan menyempurnakan pengurusan akaun PP dengan cemerlang dan berjaya menerima Laporan Audit Tidak Bersyarat bagi Tahun Kewangan 2018 oleh Lembaga Pertubuhan Peladang.

Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak ahli PPK Sri Klana Lenggeng yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Amellia Shafiqa binti Shah Ruddin (PT3)
Nur Eylia Sahira binti Mohd Sabri (SPM)
Muhammad Aiman bin Azmi (SPM)
Ahmad Fauzi bin Baharin (SPM)
Nur Ain Aqilah binti Azri (SPM)

Diharapkan PPK Sri Klana Lenggeng terus cemerlang dari semasa ke semasa dan juga dapat melahirkan ahli peladang yang mantap dan terbilang.
















Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021