Yayasan Pelajaran Peladang
Petaling Jaya - Pada 09 Januari 2020, seramai 19 anak peladang seluruh negara diberi penghargaan selepas memperoleh keputusan cemerlang bagi pengajian ijazah pertama dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bertempat Dewan NAFAS. Semua penerima dipilih berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas.
Tiga penerima utama ialah Muhammad Faez Mohd Kamaruzzaman, 26 tahun daripada PPK Hulu Selangor, yang memperoleh wang tunai sebanyak RM5,000, Wan Nuraini Wan Rosdi, 25 tahun daripada PPK Sri Klana Lenggeng (RM4,000) dan Nur Hidayah Yusoff, 27 tahun daripada PPK Kuala Kangsar (RM3,000). Selain tiga hadiah utama, 16 lagi pelajar terpilih menerima sumbangan saguhati berjumlah RM1,000 setiap seorang.
Wan Nuraini binti Wan Rosdi, penerima utama dan Nurul Norhazirah bt Suziman, penerima saguhati Anugerah Perdana Yayasan Peladang merupakan anak ahli peladang PPK Sri Klana Lenggeng bagi unit peladang Mendom.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Yayasan Peladang tersebut.Dengan anugerah tersebut, dapat menaikkan semangat para pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang seterusnya dan untuk pelajar yang lain.
 |
Penerima-Penerima Anugerah |
 |
Anak Ahli Peladang PPK Sri Klana Lenggeng - Wan Nuraini binti Wan Rosdi, Penerima Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang tempat kedua |
 |
Anak Ahli Peladang PPK Sri Klana Lenggeng - Nurul Norhazirah binti Suziman, Penerima Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang |
Man Titanium - Home - TikTok
ReplyDeleteFind information about the titanium bars man's titanium bracelet on TikTok. Marnati Marnati marnati titanium dioxide skincare marnati marnati marnati mens titanium earrings marnati marnati titanium 170 welder marnati marnati marnati marnati marnati titanium straightener marnati marnati marnati marnati