MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL KORPORAT BAGI TEMPOH 2019-2020

Assalamualaikum WBT

Pihak Pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat pada 24 Oktober 2019 jam 3.00 Petang di Bilik Mesyuarat PPK Sri Klana Lenggeng. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang:-

1) Permohonan Menjadi Ahli 
2) Berhenti Menjadi Ahli (Meninggal/Masih Hidup)
3) Pindah Milik Saham (Meninggal/Masih Hidup)
4) Permohonan Kumpulanwang Kebajikan Ahli
5) Permohonan Kumpulanwang Pendidikan Ahli

Borang permohonan akan ditapis mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli mesyuarat akan menerima borang yang lengkap dan menolak borang yang tidak menepati syarat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bil 9/2019 pada 30 Oktober 2019 (Rabu).

Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh En Abdul Gani bin Mohamad Daud bersama dua orang Jawatankuasa HEK iaitu En. Haizily bin Jalaludin dan En. Nordin bin Yassin. Ahli Jawatankuasa ini dilantik pada 23 September 2019 dalam Mesyuarat AJP bil 8 Tahun 2019.







Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN