KURSUS PEMANTAPAN UNIT PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG


Belakang dari kiri - En.Redzuan Abdullah, En. Abdul Rashid bin Abu Bakar, En. Norichan bin Permo, En. Ahmad Sabri bin Awalludin, En. Mohd Fareez Nur bin Raduan, Tn Hj Ramli bin Kamin, En. Razak bin Sharif, En. Abdul Halim bin Shariff, Tn. Hj Baharuddin bin Md Ali, En. Helman bin Busu, En. Noor Aidil bin Mohamad, En. Huzir bin Hamzah, Pn. Norhaizi bt Daud, En.Bohari bin Abas, Pn. Rozdina bt Sanusi, Pn. Siti Hasniza bt Hassan, Pn. Zainal bt Zainal Abidin dan En. Adnan bt Othman.
Tengah dari kiri - Tn Hj Muhamad Nasri bin Yaakub, En Abdul Gani bin Daud, Dato Zulkefly Mohamad bin Omar dan Datin Saieah binti Tarmizi.
Depan dari kiri - Encik Muhamad Afiq Hayqal bin Yusoff Raimi, Cik Siti Zuraidah bt Zulkefli, Cik Azlinda bt Baharudin, Cik Devyashini a/p Vadiveloo dan Cik Siti Nurfarah bt Mohd Wazir

PORT DICKSON - Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan Kursus Pemantapan Unit Peladang pada 28 dan 29 Januari 2020 (2 hari 1 malam) bertempat di Institut Latihan Fama, Port Dickson. Seramai 15 orang melibatkan Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang yang hadir sebagai peserta kursus tersebut. 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang berkesan mengenai pentadbiran Unit Peladang kepada Ketua-Ketua Unit Peladang. Selain itu, kursus ini untuk melatih kepimpinan ketua unit peladang supaya dapat menguruskan pentadbiran unit peladang dengan baik dan berkesan. Bukan itu saja, ia juga untuk memberi penerangan mengenai cara-cara mentadbir urus dari segi dokumentasi Unit Peladang seperti penulisan minit mesyuarat, laporan Mesyuarat Agung Unit Peladang dan sebagainya. Pihak pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng juga mengadakan kursus ini adalah untuk membina nilai-nilai murni, saling menghormati serta membina kerjasama antara Ahli Jemaah Pengarah khususnya bersama Ketua-Ketua Unit Peladang.



Pihak Pengurusan PPK SKL telah menjemput Ustaz Wan Aminuddin bin Wan Abdullah daripada Jabatan Kaunseling & Infrastruktur Khas (MAINS) untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
" Pemimpin dan Kepimpinan dan Cabaran " untuk menaikkan semangat kepimpinan dalam diri ketua unit peladang.







Kursus ini dikendalikan oleh Pihak Pengurusan yang dibantu oleh Cawangan Urusan Pendaftar dari Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan iaitu Puan Noraina bt Ramli. Beliau memberi penerangan lebih terperinci mengenai " Kaedah Mentadbir & Mengurus Unit Peladang " dengan membentangkan 44 Perkara dalam modul Kaedah Mentadbir Unit Ahli.






Selain itu, Tatacara Ringkas Perakaunan telah diterangkan oleh Encik Bohari, Pengurus Akaun PPK SKL. Tatacara ini adalah untuk ketua unit menguruskan kewangan di unit peladang masing-masing. Ketua unit juga boleh mengetahui aliran wang tunai keluar dan masuk.


Pada malamnya, pihak pengurusan menganjurkan makan malam BBQ bersama Dato Zulkefly Mohamad bin Omar bersama ahli jemaah pengarah dan ketua unit peladang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. 












MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PEMANTAPAN UNIT PELADANG 
























Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN