Posts

Showing posts from October, 2019

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal

Image
Assalamualaikum WBT Pihak Pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan majlis perpisahan untuk pelajar praktikal yang telah menamatkan latihan industri di sini pada 25 Oktober 2019 (Jumaat). Seramai 3 orang pelajar daripada Universiti College Agroscience Malaysia telah menjalani latihan industri di PPK Sri Klana Lenggeng selama 4 bulan bermula dari 08 Julai sehingga 25 Oktober 2019. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Abdul Gani bin Mohamad Daud mewakili pihak pengurus besar PPK Sri Klana Lenggeng. Segala nasihat telah diberikan kepada 3 orang pelajar jurusan Diploma Sains Pertanian ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang sudi menjalani latihan industri di sini dan secara tidak langsung telah membantu pihak kami mengembang dan melancarkan aktiviti perniagaan PPKSKL dalam semua acara yang diadakan sepanjang mereka berada disini. Semoga apa yang dipelajari disini dapat memberikan manfaat kepada mereka serta dapat meluaskan ilmu yang diberikan. PP

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL KORPORAT BAGI TEMPOH 2019-2020

Image
Assalamualaikum WBT Pihak Pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat pada 24 Oktober 2019 jam 3.00 Petang di Bilik Mesyuarat PPK Sri Klana Lenggeng. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang:- 1) Permohonan Menjadi Ahli  2) Berhenti Menjadi Ahli (Meninggal/Masih Hidup) 3) Pindah Milik Saham (Meninggal/Masih Hidup) 4) Permohonan Kumpulanwang Kebajikan Ahli 5) Permohonan Kumpulanwang Pendidikan Ahli Borang permohonan akan ditapis mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli mesyuarat akan menerima borang yang lengkap dan menolak borang yang tidak menepati syarat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bil 9/2019 pada 30 Oktober 2019 (Rabu). Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh En Abdul Gani bin Mohamad Daud bersama dua orang Jawatankuasa HEK iaitu En. Haizily bin Jalaludin dan En. Nordin bin Yassin. Ahli Jawatankuasa ini dilantik pada 23 September 2019 dalam Mesyuarat AJP bil 8 Tahun 2019.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Image
Assalamualaikum WBT Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Palm Mall Hotel, Seremban pada 24 Oktober 2019. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung Tahunan ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Mazlan bin Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang ibu pejabat. Tahniah dan syabas kepada PPK Sri Klana Lenggeng yang telah dianugerahkan sebagai Audit Sifar diatas kejayaan menyempurnakan pengurusan akaun PP dengan cemerlang dan berjaya menerima Laporan Audit Tidak Bersyarat bagi Tahun Kewangan 2018 oleh Lembaga Pertubuhan Peladang. Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak ahli PPK Sri Klana Lenggeng yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Amellia Shafiqa binti Shah Ruddin (PT3) Nur Eylia Sahira binti Mohd Sabri (SPM) Muhammad Aiman bin Azmi (SPM) Ahmad Fauzi bin Baharin (SPM) Nur Ain Aqilah binti Azri (SPM) Diharapkan PPK Sri Klana Lenggeng terus

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Image
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN 📆 : 9 Oktober 2019 🕘 : 8.30 Pagi 🏢 : Bilik Gerakan PPK Sri Klana Lenggeng Bismillahirrahmanirahim dan Assalamualaikum WBT diucapkan, Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kunjungan hormat di pejabat PPK Sri Klana Lenggeng. Seramai enam orang ketua cawangan yang menghadiri kunjungan tersebut. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bersuai kenal dengan Pengerusi baru PPK SKL bersama pegawai LPP. Selain itu, ia juga membincangkan tentang hala tuju projek yang dijalankan di PP.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan NS Food Fest 2019

Image
Assalamualaikum WBT Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan NS Food Fest 2019 🌱🌱🌱  telah diadakan di Dataran Nilai Negeri Sembilan pada 17-20 Oktober 2019 anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan.  Pelbagai Agensi dan Jabatan Pertanian serta usahawan berjaya yang mengambil bahagian menjual produk IKS disini tempoh hari. Pelbagai juga aktiviti yang menarik diadakan disini seperti pertandingan memasak, pertandingan gubahan bunga, persembahan, booth pameran agensi dan banyak lagi.  Tidak terlepas peluang juga, team PPK Sri Klana Lenggeng mengambil bahagian menjual barangan seperti anak benih pokok buah-buahan 🌱🌱🌱🌱 dan baja-baja pokok. Syukur ke hadrat Illahi, hasil kutipan selama 4 hari berturut-turut membuahkan hasil yang lumayan 💲💲💲💲 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang turut membantu menjayakan jualan pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada pelajar praktikal yang sentiasa membantu dan menyokong PPK Sri Klana Lenggeng dari aw

MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK

Image
Assalamualaikum WBT Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Projek Bil 2/2019 telah diadakan pada 16 Oktober yang lalu. Dipengerusikan oleh Tn Hj Baharudin bin Md Ali serta dua orang jawatankuasa iaitu En Razak bin Sharif dan En. Norichan bin Permo.  Mesyuarat ini membincangkan projek-perojek yang diusahakan di PPK Sri Klana Lenggeng khususnya perbincangan mengenai Mini Estet Kelapa Sawit di Gemencheh Negeri Sembilan.  Kelapa Sawit ini telah ditanam sejak tahun 2003 sehingga kini dan hasilnya sangat memberansangkan.  Diharapkan semoga projek-projek yang diusahakan ini dapat memberi impak yang positif untuk ahli-ahli peladang PPK Sri Klana Lenggeng

PROJEK PPK SRI KLANA LENGGENG

Image
PPK Sri Klana Lenggeng telah melaksanakan pelbagai projek bagi memajukan ekonomi dan sosial 15 unit peladang dan 1 unit koperasi PPK SKL. PPK SKL sentiasa meneruskan usaha meningkatkan hasil sektor pertanian dalam memastikan pertanian yang lebih moden dan berorientasikan komersial. Berikut adalah Projek-projek di bawah pengendalian Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng:-

Mesyuarat Jawatankuasa Pentabiran dan Kewangan

Image
Mesyuarat Jawatankuasa Pentabiran dan Kewangan Bil 2 Tahun 2019 📆 : 09 Oktober 2019 🕘 : 10.00 Pagi 🏢 : Bilik Gerakan PPK Sri Klana Lenggeng Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah telah melantik Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan bagi Tahun 2019-2021 pada 23 September yang lalu. Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan dipengerusikan oleh Yb Dato' Zulkefly Mohamad bin Omar. AJK Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan terdiri oleh 2 orang iaitu En. Abdul Gani bin Mohamad Daud dan En. Nordin bin Md Yassin.  Antara agenda-agenda mesyuarat ialah :- 1) Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2) Perkara-perkara berbangkit 3) Mengkaji dan Membincangkan :-     a) Kenaikan gaji tahunan Pekerja PPK Sri Klana Lenggeng         - Pengurus pentadbiran         - Pembantu tadbir/penyelengara stor         - Pengawal keselamatan           b) Kaedah pembayaran gaji pekerja sementara lantikan PPK          - Cik Siti Zuraidah bt Zulkelfi         c) Pengesahan jawatan penyelengg

Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan

Image
Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan  3 Oktober 2019 , Khamis LPP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan pemantauan projek pembangunan di PPK Sri Klana Lenggeng. Lawatan ini dihadiri oleh anggota LPP seramai 3 orang dan juga 4 orang kakitangan daripada LPP Negeri Sembilan.