Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal

Assalamualaikum WBT

Pihak Pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan majlis perpisahan untuk pelajar praktikal yang telah menamatkan latihan industri di sini pada 25 Oktober 2019 (Jumaat).

Seramai 3 orang pelajar daripada Universiti College Agroscience Malaysia telah menjalani latihan industri di PPK Sri Klana Lenggeng selama 4 bulan bermula dari 08 Julai sehingga 25 Oktober 2019.

Majlis ini disempurnakan oleh Encik Abdul Gani bin Mohamad Daud mewakili pihak pengurus besar PPK Sri Klana Lenggeng. Segala nasihat telah diberikan kepada 3 orang pelajar jurusan Diploma Sains Pertanian ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang sudi menjalani latihan industri di sini dan secara tidak langsung telah membantu pihak kami mengembang dan melancarkan aktiviti perniagaan PPKSKL dalam semua acara yang diadakan sepanjang mereka berada disini. Semoga apa yang dipelajari disini dapat memberikan manfaat kepada mereka serta dapat meluaskan ilmu yang diberikan.

PPK Sri Klana Lenggeng mengalu-alukan pelajar-pelajar yang ingin menjalankan latihan industri terutamanya anak di kalangan ahli serta berbesar hati membuka peluang kepada pelajar luar untuk praktikal disini.










Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN