Kalendar Bulan September Tahun 2019


Assalamualaikum,


Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang bulan September 2019. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti bulan 9 ini dan tidak lupa juga yang sentiasa menyokong PPK Sri Klana Lenggeng.


1. Tuaian Hasil Cili 


Projek cili bara ini mula ditanam pada bulan Jun 2019. Diusahakan dibawah usahawan yang merupakan ahli PPK Sri Klana Lenggeng dan juga berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Pengarah PPK SKL. Projek ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh pasaran kerana orang Lenggeng / Negeri Sembilan suka pedas-pedas baru memikat perut. hehehehe 😍😍😍😍. Tuaian hasil cili kini sudah mencecah 3 tan dan semuanya segar-segar dari ladang bak anggg!!!! 

Projek ini telah dituai oleh pasukan-pasukan ahli peladang nita. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ini kerana telah memberi kerjasama yang baik dan padu. 









2. Kerja-kerja tender / kontrak alat tulis


Baru-baru ini, PPKSKL telah memasuki kerja-kerja tender di PPUM dan dikehendaki menghantar barang sample kepada pihak PPUM. Semoga PPK terpilih untuk membuat kerja-kerja tender tersebut. 

3. Program Pasca Kembara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti kembara bermotor menjelajah 12 PPK di Negeri Sembilan. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸπŸπŸπŸ 






4. Lawatan Kerja daripada LPP Terengganu


LPP Terengganu telah mengadakan lawatan kerja di PPK Sri Klana Lenggeng pada 13 September 2019 yang lalu. Seramai 5 orang kakitangan yang hadir. En Azizan, Pengarah LPP Negeri Sembilan bersama kakitangan iringan juga turut hadir melawat tapak projek Fertigasi Sayuran Berdaun. 




5. Taklimat perunding MSPO


Pada 24 September, telah diadakan taklimat MSPO kepada 5 PPK iaitu PPK Jempol, PPK Rembau, PPK Tampin, PPK Seremban dan PPK Lengeng sendiri. 

Skim Persijilan MSPO Malaysia adalah skim kebangsaan di Malaysia untuk perladangan kelapa sawit, kebun kecil bebas dan terancang, dan kemudahan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk disahkan berdasarkan keperluan Piawaian MSPO. Pensijilan MSPO menyediakan pengurusan yang mampan dan bertanggungjawab yang boleh dipercayai, untuk membawa impak positif sosial, alam sekitar dan ekonomi, sambil meminimumkan kesan negatif, terutamanya kepada rakyat dan alam sekitar.

Dengan sijil MPSO ini, ia dapat mengurangkan penanaman kelapa sawit yang tidak sah atau tiada permit. Sekiranya tiada Pensijilan MSPO ini, syarikat akan didakwa dan dikenakan tindakan.







6. Mesyuarat Exit Audit Dalaman

Kerja-kerja audit dalam telah selesai dijalankan mulai awal bulan September bagi 2 penggal (bulan Januari-Ogos) Tahun 2019 selama 14 Hari. Segala maklumbalas dan pandangan telah dijawab oleh pengurus-pengurus bahagian yang berkenaan. Pengurus bahagian dinasihati untuk mempertingkatkan prestasi di bahagian masing-masing supaya lebih peka dan produktif pada masa akan datang. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘





Pada bulan berikutnya, PPK akan lebih proaktif dalam menjana pendapatan bagi menaikkan lagi nama PPK Sri Klana Lenggeng. Juga untuk membantu ahli-ahli peladang dibawah naugan PPK SKL. 

Terima kasih kerana sudi membaca blog kami  πŸ‘πŸ˜˜






















Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN