PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021 Pada 16 April 2021 (Jumaat) bersamaan 04 Ramadhan 1442H, Program Pengagihan Sumbangan Zakat NAFAS (Ramadhan) kepada Asnaf Ahli Peladang PPK Sri Klana Lenggeng bagi tahun 2021 telah diadakan bertempat di Dewan Hj Muhamad Tainu berdekatan dengan pejabat PPK Sri Klana Lenggeng. Program ini dihadiri oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang serta kakitangan pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng. Sumbangan zakat ini adalah lebihan zakat yang diperolehi oleh PPK Sri Klana Lenggeng pada tahun 2020 untuk diagihkan kepada ahli peladang berjumlah RM 17,000.00. Zakat NAFAS ini disampaikan kepada ketua unit peladang untuk diagihkan kepada ahli peladang masing-masing. Seramai 75 orang ahli peladang di setiap unit peladang yang menerima sumbangan tersebut. Pemberian sumbangan ini adalah berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti minyak masak, tepung, gula, minyak, b
Comments
Post a Comment