Hari Peladang, Penternak dan Nelayan NS Food Fest 2019

Assalamualaikum WBT

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan NS Food Fest 2019 🌱🌱🌱  telah diadakan di Dataran Nilai Negeri Sembilan pada 17-20 Oktober 2019 anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan. 

Pelbagai Agensi dan Jabatan Pertanian serta usahawan berjaya yang mengambil bahagian menjual produk IKS disini tempoh hari. Pelbagai juga aktiviti yang menarik diadakan disini seperti pertandingan memasak, pertandingan gubahan bunga, persembahan, booth pameran agensi dan banyak lagi. 

Tidak terlepas peluang juga, team PPK Sri Klana Lenggeng mengambil bahagian menjual barangan seperti anak benih pokok buah-buahan 🌱🌱🌱🌱 dan baja-baja pokok. Syukur ke hadrat Illahi, hasil kutipan selama 4 hari berturut-turut membuahkan hasil yang lumayan πŸ’²πŸ’²πŸ’²πŸ’² Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang turut membantu menjayakan jualan pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada pelajar praktikal yang sentiasa membantu dan menyokong PPK Sri Klana Lenggeng dari awal sehingga tamat program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan NS Food Fest 2019.  "Bukan senang nak jadi senang, Bukan susah nak jadi susah" Walaupun terdapat banyak persaingan, kami tetap berusaha dan bersemangat untuk bersaing πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻.














Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN