Posts

Showing posts from 2019

Lawatan Sambil Belajar Daripada Universiti Putra Malaysia (UPM)

Image
Lawatan Sambil Belajar Daripada  Universiti Putra Malaysia (UPM) Assalamualaikum WBT, Pada 4hb Disember 2019, PPK telah menerima lawatan sambil belajar dari Universiti Putra Malaysia dari Fakulti Pertanian. Seramai 40 orang pelajar tahun kedua termasuk pensyarah yang hadir bagi melawat tapak projek di PPK Sri Klana Lenggeng.  Lawatan ini bertujuan sebagai idea / rujukan untuk projek akhir bagi pelajar UPM. 

Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Image
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA  UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA  (USIM)  KE  PPK SRI KLANA LENGGENG  Pada 3hb Disember 2019, PPK telah menerima lawatan daripada USIM pada pukul 2.30 petang. Seramai 10 orang penuntut termasuk seorang pensyarah iringan yang hadir pada petang itu. Tn Hj Muhamad Nasri bin Yaakub selaku Pengurus Besar di PPK SKL dan dibantu oleh En. Bohari dan En. Redzuan telah memberi pendedahan serba sedikit mengenai Pertubuhan Peladang dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan disini kepada mereka. Tayangan 'slide' juga dipaparkan untuk menunjukkan gambaran aktiviti-aktiviti disini. Kemudian, mereka dibawa ke tapak-tapak projek yang berdekatan seperti Tapak Projek Fertigasi Sayuran Berdaun dan Projek Tanaman Serai oleh Pengurus Projek. Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Universiti Sains Islam Malaysia kerana sudi membuat lawatan ke PPK Sri Klana Lenggeng dan kami berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan pihak USIM

Kalendar November Tahun 2019

Image
ASSALAMUALAIKUM dan Hai 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️ ahli PPK Sri Klana Lenggeng dan warga blogger, Aktiviti-Aktiviti pada bulan November 2019 🕘📆 1) Kerja-Kerja Pembekalan (Tender / kontrak) PPK telah menerima kerja-kerja tender / kontrak bagi membekalkan alatan tulis kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Gambar diatas menunjukkan pegawai PPK mengambil borang setuju menerima pembekalan alat tulis untuk ditandatangani. 2) Mesyuarat Pengurusan Bil 11 Tahun 2019 Mesyuarat pada kali diadakan pada 25 November 2019. Mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu berbangkit dan tindakan pegawai-pegawai bahagian terhadap masalah tersebut. Selain itu, merancang program-program yang ingin diadakan pada bulan Disember nanti. 3) Mesyuarat Penutupan Audit Interim   Dihadiri 3 orang Juru Audit Interim daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan bagi membentangkan hasil-hasil pemeriksaan untuk pendedahan pegawai PPK Sri Klana Lenggeng. 4) Hari Peladang, P

LAWATAN KERJA DARIPADA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI KEDAH (PPNK)

Image
Assalamualaikum WBT Lawatan Projek Fertigasi Sayuran Berdaun (DIY) daripada PPN Kedah | 29 Nov 2019; 11.00 pagi Sekalung budi terima kasih diucapkan kepada PPN Kedah yang sudi mengadakan lawatan sambil belajar di PPK Sri Klana Lenggeng Projek Fertigasi Sayuran Berdaun ini telah memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat luar dan PPK-PPK lain. Pihak kami berbesar hati menerima sesiapa yang ingin belajar tentang tanaman ini dan sedia memberi khidmat nasihat. SESI TAKLIMAT Sesi penerangan ini disampaikan oleh Encik Ezriazman selaku Pengurus Projek di PPK Sri Klana Lenggeng yang memantau projek ini bersama usahawan yang juga ahli PPK SKL. Segala penerangan didedahkan termasuk kos-kos peralatan dan apa baja yang digunakan serta jenis sayuran. Pendedahan ini mengambil masa 30 minit sahaja dan disusuli dengan video yang dirakam khas untuk Fertigasi Sayuran Berdaun ini. SESI LAWATAN PROJEK FERTIGASI SAYURAN BERDAUN

KALENDAR BULAN OKTOBER TAHUN 2019

Image
ASSALAMUALAIKUM WBT Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober tahun 2019 oleh PPK Sri Klana Lenggeng iaitu :-

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal

Image
Assalamualaikum WBT Pihak Pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan majlis perpisahan untuk pelajar praktikal yang telah menamatkan latihan industri di sini pada 25 Oktober 2019 (Jumaat). Seramai 3 orang pelajar daripada Universiti College Agroscience Malaysia telah menjalani latihan industri di PPK Sri Klana Lenggeng selama 4 bulan bermula dari 08 Julai sehingga 25 Oktober 2019. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Abdul Gani bin Mohamad Daud mewakili pihak pengurus besar PPK Sri Klana Lenggeng. Segala nasihat telah diberikan kepada 3 orang pelajar jurusan Diploma Sains Pertanian ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang sudi menjalani latihan industri di sini dan secara tidak langsung telah membantu pihak kami mengembang dan melancarkan aktiviti perniagaan PPKSKL dalam semua acara yang diadakan sepanjang mereka berada disini. Semoga apa yang dipelajari disini dapat memberikan manfaat kepada mereka serta dapat meluaskan ilmu yang diberikan. PP

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL KORPORAT BAGI TEMPOH 2019-2020

Image
Assalamualaikum WBT Pihak Pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat pada 24 Oktober 2019 jam 3.00 Petang di Bilik Mesyuarat PPK Sri Klana Lenggeng. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang:- 1) Permohonan Menjadi Ahli  2) Berhenti Menjadi Ahli (Meninggal/Masih Hidup) 3) Pindah Milik Saham (Meninggal/Masih Hidup) 4) Permohonan Kumpulanwang Kebajikan Ahli 5) Permohonan Kumpulanwang Pendidikan Ahli Borang permohonan akan ditapis mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli mesyuarat akan menerima borang yang lengkap dan menolak borang yang tidak menepati syarat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bil 9/2019 pada 30 Oktober 2019 (Rabu). Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh En Abdul Gani bin Mohamad Daud bersama dua orang Jawatankuasa HEK iaitu En. Haizily bin Jalaludin dan En. Nordin bin Yassin. Ahli Jawatankuasa ini dilantik pada 23 September 2019 dalam Mesyuarat AJP bil 8 Tahun 2019.