Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA 
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) 
KE 
PPK SRI KLANA LENGGENG 

Pada 3hb Disember 2019, PPK telah menerima lawatan daripada USIM pada pukul 2.30 petang. Seramai 10 orang penuntut termasuk seorang pensyarah iringan yang hadir pada petang itu.

Tn Hj Muhamad Nasri bin Yaakub selaku Pengurus Besar di PPK SKL dan dibantu oleh En. Bohari dan En. Redzuan telah memberi pendedahan serba sedikit mengenai Pertubuhan Peladang dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan disini kepada mereka. Tayangan 'slide' juga dipaparkan untuk menunjukkan gambaran aktiviti-aktiviti disini.

Kemudian, mereka dibawa ke tapak-tapak projek yang berdekatan seperti Tapak Projek Fertigasi Sayuran Berdaun dan Projek Tanaman Serai oleh Pengurus Projek.

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Universiti Sains Islam Malaysia kerana sudi membuat lawatan ke PPK Sri Klana Lenggeng dan kami berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan pihak USIM jika ada lagi kesempatan untuk melawat projek disini.








Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN