Kalendar November Tahun 2019

ASSALAMUALAIKUM dan Hai 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️ ahli PPK Sri Klana Lenggeng dan warga blogger,



Aktiviti-Aktiviti pada bulan November 2019 🕘📆

1) Kerja-Kerja Pembekalan (Tender / kontrak)



PPK telah menerima kerja-kerja tender / kontrak bagi membekalkan alatan tulis kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Gambar diatas menunjukkan pegawai PPK mengambil borang setuju menerima pembekalan alat tulis untuk ditandatangani.

2) Mesyuarat Pengurusan Bil 11 Tahun 2019

Mesyuarat pada kali diadakan pada 25 November 2019. Mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu berbangkit dan tindakan pegawai-pegawai bahagian terhadap masalah tersebut. Selain itu, merancang program-program yang ingin diadakan pada bulan Disember nanti.

3) Mesyuarat Penutupan Audit Interim 

Dihadiri 3 orang Juru Audit Interim daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan bagi membentangkan hasil-hasil pemeriksaan untuk pendedahan pegawai PPK Sri Klana Lenggeng.

4) Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2020


HPPNK telah diadakan di Plaza Angsana Mall, Johor Bahru pada 28 November hingga 1 Disember 2019. Seramai 12 Orang termasuk Dua pegawai PPKSKL yang turut menyertai HPPNK di Johor Bahru tempoh hari. 


 Gambar diatas menunjukkan seramai 12 orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang menghadiri Konvesyen Peladang Sempena HPPNK 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru. 

5) Lawatan daripada Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK)






Pada 29 November 2019, PPK menerima lawatan sambil belajar daripada PPN Kedah bagi melawat tapak projek Fertigasi Sayuran Berdaun (Sawi Bunga). Seramai 41 orang termasuk kakitangan PPNK yang hadir.


Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini dan sentiasa menyokong PPK Sri Klana Lenggeng dari semasa ke semasa 👍😊💕




Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN