LAWATAN KERJA DARIPADA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI KEDAH (PPNK)

Assalamualaikum WBT


Lawatan Projek Fertigasi Sayuran Berdaun (DIY) daripada PPN Kedah | 29 Nov 2019; 11.00 pagi
Sekalung budi terima kasih diucapkan kepada PPN Kedah yang sudi mengadakan lawatan sambil belajar di PPK Sri Klana Lenggeng

Projek Fertigasi Sayuran Berdaun ini telah memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat luar dan PPK-PPK lain. Pihak kami berbesar hati menerima sesiapa yang ingin belajar tentang tanaman ini dan sedia memberi khidmat nasihat.

SESI TAKLIMAT





Sesi penerangan ini disampaikan oleh Encik Ezriazman selaku Pengurus Projek di PPK Sri Klana Lenggeng yang memantau projek ini bersama usahawan yang juga ahli PPK SKL. Segala penerangan didedahkan termasuk kos-kos peralatan dan apa baja yang digunakan serta jenis sayuran. Pendedahan ini mengambil masa 30 minit sahaja dan disusuli dengan video yang dirakam khas untuk Fertigasi Sayuran Berdaun ini.


SESI LAWATAN PROJEK FERTIGASI SAYURAN BERDAUN








Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN