Posts

Showing posts from January, 2020

KURSUS PEMANTAPAN UNIT PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG

Image
Belakang dari kiri - En.Redzuan Abdullah, En. Abdul Rashid bin Abu Bakar, En. Norichan bin Permo, En. Ahmad Sabri bin Awalludin, En. Mohd Fareez Nur bin Raduan, Tn Hj Ramli bin Kamin, En. Razak bin Sharif, En. Abdul Halim bin Shariff, Tn. Hj Baharuddin bin Md Ali, En. Helman bin Busu, En. Noor Aidil bin Mohamad, En. Huzir bin Hamzah, Pn. Norhaizi bt Daud, En.Bohari bin Abas, Pn. Rozdina bt Sanusi, Pn. Siti Hasniza bt Hassan, Pn. Zainal bt Zainal Abidin dan En. Adnan bt Othman. Tengah dari kiri - Tn Hj Muhamad Nasri bin Yaakub, En Abdul Gani bin Daud, Dato Zulkefly Mohamad bin Omar dan Datin Saieah binti Tarmizi. Depan dari kiri - Encik Muhamad Afiq Hayqal bin Yusoff Raimi, Cik Siti Zuraidah bt Zulkefli, Cik Azlinda bt Baharudin, Cik Devyashini a/p Vadiveloo dan Cik Siti Nurfarah bt Mohd Wazir PORT DICKSON - Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan Kursus Pemantapan Unit Peladang pada 28 dan 29 Januari 2020 (2 hari 1 malam) bertempat di Institut Latihan

Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang

Image
Anugerah Perdana  Yayasan Pelajaran Peladang  Petaling Jaya - Pada 09 Januari 2020, seramai 19 anak peladang seluruh negara diberi penghargaan selepas memperoleh keputusan cemerlang bagi pengajian ijazah pertama dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bertempat Dewan NAFAS.  Semua penerima dipilih berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas. Tiga penerima utama ialah Muhammad Faez Mohd Kamaruzzaman, 26 tahun daripada PPK Hulu Selangor, yang memperoleh wang tunai sebanyak RM5,000, Wan Nuraini Wan Rosdi, 25 tahun daripada PPK Sri Klana Lenggeng (RM4,000) dan Nur Hidayah Yusoff, 27 tahun daripada PPK Kuala Kangsar (RM3,000).  Selain tiga hadiah utama, 16 lagi pelajar terpilih menerima sumbangan saguhati berjumlah RM1,000 setiap seorang. Wan Nuraini binti Wan Rosdi, penerima utama dan Nurul Norhazirah bt Suziman, penerima saguhati Anugerah Perdana Yayasan Peladang merupakan anak ahli peladang PPK Sri Klana Lenggeng bagi unit peladang Mendom

Lawatan Pengerusi LPP Dato' Mazlan bin Aliman

Lawatan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur ke Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng Assalamualaikum WBT, Masih belum terlambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2020. Didoakan semoga PPK Sri Klana Lenggeng terus maju ke hadapan dengan pelbagai program dan projek yang memberi kesan yang positif dalam menjana pendapatan dan menjaga kebajikan ahli-ahli peladang PPKSKL. Pada 07 Januari 2020 jam 3.00 petang, Pengerusi LPP Ybhg Dato' Mazlan bin Aliman telah mengadakan kunjungan ke PPK Sri Klana Lenggeng untuk melihat perkembangan Projek Fertigasi Sayuran Berdaun dan memberi sedikit nasihat bagi memajukan PPK Sri Klana Lenggeng. Kunjungan ini dihadiri oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan dan barisan Ahli Jemaah Pengarah PPKSKL serta ketua-ketua unit peladang. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut menjayakan program pada hari tersebut. #LPPKL   #LPPNS   #PPNNS   #PPKSKL   #PPK2020

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT (BEG SEKOLAH)

Image
MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT (BEG SEKOLAH) KEPADA ANAK-ANAK AHLI  PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 LENGGENG – Seramai 150 orang asnaf dari 15 Unit Peladang PPK Sri Klana Lenggeng telah menerima bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun 2020 dalam Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Anak-Anak Ahli Peladang (Asnaf) yang diadakan pada 26 Disember 2019 dibuat mengikut kawasan (zon). Zon I - Gebok, Mantin Dalam, Sg Mahang & Batang Benar Zon II - Ulu Beranang & Tarun Zon III - Daching Hulu, Daching Hilir & Sg Jai Zon IV - Sg Machang Hilir, Sg Machang Hulu, Kg Rawa, Lenggeng & Mendom PPK Sri Klana Lenggeng telah memperuntukkan RM 30,000.00 wang zakat untuk diagihkan kepada asnaf dengan masing-masing mendapat sebuah beg sekolah, satu set alat tulis dan wang tunai sebanyak RM 100 setiap seorang.  Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Dato’ Zulkefly Mohamad bin Omar iaitu Pengerusi PPK Sri Klana Lenggeng be