Posts

Showing posts from 2020

Lawatan Kerja Rasmi daripada Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Image
LAWATAN KERJA RASMI DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG Assalamualaikum W.B.T, Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Dr.Nik Muhammad Zawawi bin Hj Salleh diatas perlantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia. Pada 8 Julai 2020 bersamaan 16 Zulkaedah 1441H pukul 3.30 petang, Pengerusi LPP Malaysia diiringi Pengarah LPP Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kerja rasmi di Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.  Tujuan lawatan ini adalah untuk melawat Projek Fertigasi Sayuran Berdaun yang ditanam diatas meja yang menggunakan sabut kelapa terpakai.  Taklimat ringkas berkaitan projek ini disampaikan oleh Tn. Hj Muhamad Nasri bin Yaakub, Pengurus Besar PPK Sri Klana Lenggeng dan dibantu oleh En. Mohd Ezriazman bin Zakaria, Pengurus Projek  PPK Sri Klana Lenggeng.  Sesi Taklimat Sesi Taklimat Sesi Taklimat Cenderahati disampaikan oleh Tn Hj Mustafa bin Salim, Pengerusi AJP PPK SKL diiringi oleh

E-Buletin PPK Sri Klana Lenggeng Edisi 2/2019 Julai-Disember 2019

PENGUMUMAN Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah berjaya menghasilkan Edisi 2 buletin bagi bulan Julai hingga Disember tahun 2019. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kakitangan, Ahli Jemaah Pengarah, dan ahli-ahli peladang serta komitmen semua pihak di PPK SKL. Pihak PPK SKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. #bergerakmajubersamapeladang

Lawatan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling

Image
Assalamualaikum WBT,  PPK Sri Klana Lenggeng, Negeri Sembilan sekali lagi telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling pada 23hb Jun 2020 jam 11.00 pagi.  Tujuan lawatan ini adalah melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di Kompleks Pejabat PPK Sri Klana Lenggeng.  Baru-baru ini, Projek Fertigasi Sayuran Berdaun seacara atas meja ini, telah mendapat sambutan daripada pihak atasan dan PPK di seluruh negeri. PPK Sri Klana Lenggeng sangat mengalukan kedatangan atau kunjungan dari mana-mana PPK untuk belajar atau memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai spefisikasi Fertigasi Sayuran Berdaun dan juga khidmat nasihat. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PPK Gombak & Petaling kerana sudi datang ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga PPK Sri Klana Lenggeng juga boleh mengadakan lawatan ke PPK GP. Bintang Barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi, Jika tidak melarat panjang, Ada umur, ketemu lagi.

Lawatan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Gajah, Perak

Image
Pada 23hb Jun 2020 bersamaan 01 Zulkaedah 1441 H, PPK Sri Klana Lenggeng telah menerima satu kumpulan lawatan dari PPK Kg Gajah (PPK KG) , Perak Darul Ridzuan. Lawatan ini dihadiri oleh Pengurus Besar PPK KG dan 5 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini.  Lawatan ini bertujuan adalah untuk melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di PPK Sri Klana Lenggeng yang dikenali di seluruh negeri. Lawatan ini juga membincangkan sedikit sebanyak mengenai spesifikasi projek sebagai pendedahan PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek ini di PPK mereka sendiri. Terima kasih kepada Pengurus Besar dan kakitangan PPK Kg Gajah yang sempat hadir ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga pendedahan mengenai projek dapat memberi sedikit asas kepada PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek tersebut.  Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah PPK SKL dan PPK KG berjumpa lagi.

Program Sumbangan Bekalan Makanan (Covid-19)

Image
Seramai 150 orang ahli peladang yang terputus bekalan makanan dan kedudukan kewangan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak corona virus atau dikenali sebagai virus Covid-19 telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.  Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah iaitu Dato' Zulkefly Mohamad bin Omar di 15 buah unit peladang dalam kawasan pengendalian PPK Sri Klana Lenggeng bersama Ahli Jemaah Pengarah, Ketua-Ketua Unit serta barisan pengurusan yang sempat hadir. Program ini diadakan pada 07 April 2020 bersamaan 13 Syaaban 1441 Hijrah. Program ini dilaksanakan dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Sumbangan yang diagihkan adalah berbentuk makanan bernilai RM 100.00 setiap seorang. Sumbangan ini terdiri daripada beras, gula, minyak masak dan lain-lain makanan lagi.  Menurut Dato' Pengerusi PPK Sri Klana Lenggeng, "Jelas terpancar senyuman ahli-ahli peladang