Lawatan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling



Assalamualaikum WBT, 

PPK Sri Klana Lenggeng, Negeri Sembilan sekali lagi telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling pada 23hb Jun 2020 jam 11.00 pagi. 

Tujuan lawatan ini adalah melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di Kompleks Pejabat PPK Sri Klana Lenggeng. Baru-baru ini, Projek Fertigasi Sayuran Berdaun seacara atas meja ini, telah mendapat sambutan daripada pihak atasan dan PPK di seluruh negeri. PPK Sri Klana Lenggeng sangat mengalukan kedatangan atau kunjungan dari mana-mana PPK untuk belajar atau memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai spefisikasi Fertigasi Sayuran Berdaun dan juga khidmat nasihat.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PPK Gombak & Petaling kerana sudi datang ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga PPK Sri Klana Lenggeng juga boleh mengadakan lawatan ke PPK GP.

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur, ketemu lagi.



Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN