Lawatan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Gajah, Perak


Pada 23hb Jun 2020 bersamaan 01 Zulkaedah 1441 H, PPK Sri Klana Lenggeng telah menerima satu kumpulan lawatan dari PPK Kg Gajah (PPK KG) , Perak Darul Ridzuan. Lawatan ini dihadiri oleh Pengurus Besar PPK KG dan 5 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini. 

Lawatan ini bertujuan adalah untuk melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di PPK Sri Klana Lenggeng yang dikenali di seluruh negeri. Lawatan ini juga membincangkan sedikit sebanyak mengenai spesifikasi projek sebagai pendedahan PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek ini di PPK mereka sendiri.

Terima kasih kepada Pengurus Besar dan kakitangan PPK Kg Gajah yang sempat hadir ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga pendedahan mengenai projek dapat memberi sedikit asas kepada PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek tersebut. 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah PPK SKL dan PPK KG berjumpa lagi.





Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN