Lawatan Kerja Rasmi daripada Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang
LAWATAN KERJA RASMI DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Assalamualaikum W.B.T,
Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Dr.Nik Muhammad Zawawi bin Hj Salleh diatas perlantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.
Pada 8 Julai 2020 bersamaan 16 Zulkaedah 1441H pukul 3.30 petang, Pengerusi LPP Malaysia diiringi Pengarah LPP Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kerja rasmi di Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng. Tujuan lawatan ini adalah untuk melawat Projek Fertigasi Sayuran Berdaun yang ditanam diatas meja yang menggunakan sabut kelapa terpakai.
Taklimat ringkas berkaitan projek ini disampaikan oleh Tn. Hj Muhamad Nasri bin Yaakub, Pengurus Besar PPK Sri Klana Lenggeng dan dibantu oleh En. Mohd Ezriazman bin Zakaria, Pengurus Projek PPK Sri Klana Lenggeng.
![]() |
Sesi Taklimat |
![]() |
Sesi Taklimat |
![]() |
Sesi Taklimat |
![]() |
Cenderahati disampaikan oleh Tn Hj Mustafa bin Salim, Pengerusi AJP PPK SKL diiringi oleh Pengurus Besar PPK SKL |
![]() |
Cenderahati disampaikan oleh Tn. Hj Mustafa bin Salim, Pengerusi AJP PPK SKL diiringi oleh Pengurus Besar PPK SKL |
Terima kasih diatas kesudian Pengerusi LPP Malaysia melawat tapak projek PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga kita bersua di lain hari.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
Comments
Post a Comment