Program Sumbangan Bekalan Makanan (Covid-19)

Seramai 150 orang ahli peladang yang terputus bekalan makanan dan kedudukan kewangan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak corona virus atau dikenali sebagai virus Covid-19 telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng. 

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah iaitu Dato' Zulkefly Mohamad bin Omar di 15 buah unit peladang dalam kawasan pengendalian PPK Sri Klana Lenggeng bersama Ahli Jemaah Pengarah, Ketua-Ketua Unit serta barisan pengurusan yang sempat hadir. Program ini diadakan pada 07 April 2020 bersamaan 13 Syaaban 1441 Hijrah. Program ini dilaksanakan dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sumbangan yang diagihkan adalah berbentuk makanan bernilai RM 100.00 setiap seorang. Sumbangan ini terdiri daripada beras, gula, minyak masak dan lain-lain makanan lagi. 

Menurut Dato' Pengerusi PPK Sri Klana Lenggeng, "Jelas terpancar senyuman ahli-ahli peladang kita yang menerima bantuan ini. Kita sangat senang dapat membantu mereka dan ia secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan".

"Terima kasih kepada semua yang membantu terutama Ahli Jemaah Pengarah, Semua Ketua Unit Peladang serta pihak pengurusan yang ambil berat kebajikan Ahli Peladang. Saya amat terharu." Tambahnya lagi.

Beliau juga berkesempatan menasihati kepada semua supaya menjaga kebersihan diri agar wabak ini tidak dijangkiti oleh ahli keluarga.








































Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN