Posts

Showing posts from December, 2019

Lawatan Sambil Belajar Daripada Universiti Putra Malaysia (UPM)

Image
Lawatan Sambil Belajar Daripada  Universiti Putra Malaysia (UPM) Assalamualaikum WBT, Pada 4hb Disember 2019, PPK telah menerima lawatan sambil belajar dari Universiti Putra Malaysia dari Fakulti Pertanian. Seramai 40 orang pelajar tahun kedua termasuk pensyarah yang hadir bagi melawat tapak projek di PPK Sri Klana Lenggeng.  Lawatan ini bertujuan sebagai idea / rujukan untuk projek akhir bagi pelajar UPM. 

Lawatan Sambil Belajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Image
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA  UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA  (USIM)  KE  PPK SRI KLANA LENGGENG  Pada 3hb Disember 2019, PPK telah menerima lawatan daripada USIM pada pukul 2.30 petang. Seramai 10 orang penuntut termasuk seorang pensyarah iringan yang hadir pada petang itu. Tn Hj Muhamad Nasri bin Yaakub selaku Pengurus Besar di PPK SKL dan dibantu oleh En. Bohari dan En. Redzuan telah memberi pendedahan serba sedikit mengenai Pertubuhan Peladang dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan disini kepada mereka. Tayangan 'slide' juga dipaparkan untuk menunjukkan gambaran aktiviti-aktiviti disini. Kemudian, mereka dibawa ke tapak-tapak projek yang berdekatan seperti Tapak Projek Fertigasi Sayuran Berdaun dan Projek Tanaman Serai oleh Pengurus Projek. Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Universiti Sains Islam Malaysia kerana sudi membuat lawatan ke PPK Sri Klana Lenggeng dan kami berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan pihak USIM

Kalendar November Tahun 2019

Image
ASSALAMUALAIKUM dan Hai 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️ ahli PPK Sri Klana Lenggeng dan warga blogger, Aktiviti-Aktiviti pada bulan November 2019 🕘📆 1) Kerja-Kerja Pembekalan (Tender / kontrak) PPK telah menerima kerja-kerja tender / kontrak bagi membekalkan alatan tulis kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Gambar diatas menunjukkan pegawai PPK mengambil borang setuju menerima pembekalan alat tulis untuk ditandatangani. 2) Mesyuarat Pengurusan Bil 11 Tahun 2019 Mesyuarat pada kali diadakan pada 25 November 2019. Mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu berbangkit dan tindakan pegawai-pegawai bahagian terhadap masalah tersebut. Selain itu, merancang program-program yang ingin diadakan pada bulan Disember nanti. 3) Mesyuarat Penutupan Audit Interim   Dihadiri 3 orang Juru Audit Interim daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan bagi membentangkan hasil-hasil pemeriksaan untuk pendedahan pegawai PPK Sri Klana Lenggeng. 4) Hari Peladang, P

LAWATAN KERJA DARIPADA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI KEDAH (PPNK)

Image
Assalamualaikum WBT Lawatan Projek Fertigasi Sayuran Berdaun (DIY) daripada PPN Kedah | 29 Nov 2019; 11.00 pagi Sekalung budi terima kasih diucapkan kepada PPN Kedah yang sudi mengadakan lawatan sambil belajar di PPK Sri Klana Lenggeng Projek Fertigasi Sayuran Berdaun ini telah memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat luar dan PPK-PPK lain. Pihak kami berbesar hati menerima sesiapa yang ingin belajar tentang tanaman ini dan sedia memberi khidmat nasihat. SESI TAKLIMAT Sesi penerangan ini disampaikan oleh Encik Ezriazman selaku Pengurus Projek di PPK Sri Klana Lenggeng yang memantau projek ini bersama usahawan yang juga ahli PPK SKL. Segala penerangan didedahkan termasuk kos-kos peralatan dan apa baja yang digunakan serta jenis sayuran. Pendedahan ini mengambil masa 30 minit sahaja dan disusuli dengan video yang dirakam khas untuk Fertigasi Sayuran Berdaun ini. SESI LAWATAN PROJEK FERTIGASI SAYURAN BERDAUN