Assalamualaikum WBT Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Palm Mall Hotel, Seremban pada 24 Oktober 2019. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung Tahunan ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Mazlan bin Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang ibu pejabat. Tahniah dan syabas kepada PPK Sri Klana Lenggeng yang telah dianugerahkan sebagai Audit Sifar diatas kejayaan menyempurnakan pengurusan akaun PP dengan cemerlang dan berjaya menerima Laporan Audit Tidak Bersyarat bagi Tahun Kewangan 2018 oleh Lembaga Pertubuhan Peladang. Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak ahli PPK Sri Klana Lenggeng yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Amellia Shafiqa binti Shah Ruddin (PT3) Nur Eylia Sahira binti Mohd Sabri (SPM) Muhammad Aiman bin Azmi (SPM) Ahmad Fauzi bin Baharin (SPM) Nur Ain Aqilah binti Azri (SPM) Diharapkan PPK Sri Klana Lenggeng terus...
Assalamualaikum WBT Pihak Pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat pada 24 Oktober 2019 jam 3.00 Petang di Bilik Mesyuarat PPK Sri Klana Lenggeng. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang:- 1) Permohonan Menjadi Ahli 2) Berhenti Menjadi Ahli (Meninggal/Masih Hidup) 3) Pindah Milik Saham (Meninggal/Masih Hidup) 4) Permohonan Kumpulanwang Kebajikan Ahli 5) Permohonan Kumpulanwang Pendidikan Ahli Borang permohonan akan ditapis mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ahli mesyuarat akan menerima borang yang lengkap dan menolak borang yang tidak menepati syarat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bil 9/2019 pada 30 Oktober 2019 (Rabu). Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh En Abdul Gani bin Mohamad Daud bersama dua orang Jawatankuasa HEK iaitu En. Haizily bin Jalaludin dan En. Nordin bin Yassin. Ahli Jawatankuasa ini dilantik pada 23 September 2019 dalam Mesyuarat AJP bil 8 Tahun 2019. ...
PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021 Pada 16 April 2021 (Jumaat) bersamaan 04 Ramadhan 1442H, Program Pengagihan Sumbangan Zakat NAFAS (Ramadhan) kepada Asnaf Ahli Peladang PPK Sri Klana Lenggeng bagi tahun 2021 telah diadakan bertempat di Dewan Hj Muhamad Tainu berdekatan dengan pejabat PPK Sri Klana Lenggeng. Program ini dihadiri oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang serta kakitangan pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng. Sumbangan zakat ini adalah lebihan zakat yang diperolehi oleh PPK Sri Klana Lenggeng pada tahun 2020 untuk diagihkan kepada ahli peladang berjumlah RM 17,000.00. Zakat NAFAS ini disampaikan kepada ketua unit peladang untuk diagihkan kepada ahli peladang masing-masing. Seramai 75 orang ahli peladang di setiap unit peladang yang menerima sumbangan tersebut. Pemberian sumbangan ini adalah berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti minyak masak, tepung, g...
Comments
Post a Comment