AKTIVITI PPK SRI KLANA LENGGENG SEPANJANG BULAN OGOS 2019



Assalamualaikum W.B.T.



Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan pelbagai aktiviti yang manarik  sepanjang bulan OGOS 2019. Berikut adalah aktiviti-aktiviti PPK SKL:-


Kalendar PPK SKL bagi Bulan Ogos 2019

1) LAWATAN DARIPADA PERGERAKAN WANITA RISDA (01/08/2019)

Pergerakan Wanita RISDA terdiri daripada lebih kurang 80 orang ahli telah menyertai lawatan ke PPK SKL bagi melawat Projek Fertigasi Sayur Berdaun Di Atas Meja (DIY), Projek Fertigasi Cili Api, kedai input pertanian dan nurseri anak pokok.  












2)   PERHIMPUNAN WARGA     TANI DAERAH REMBAU          SEMPENA MEMPERINGATI 
6 OGOS HARI PELADANG, PERTERNAK & NELAYAN SERTA KEMBARA 4X4

Perhimpunan Warga Tani di Daerah Rembau di Dewan Agora, Rembau bersempena memperingati 6 Ogos sebagai Hari Peladang, Perternak & Nelayan serta Kembara 4x4 telah berlangsung dengan baik dan perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Yang berhormat Dato' Haji Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.


3)  LAWATAN DARIPADA PPK KUALA PILAH (21/08/2019)

Wakil daripada AJP Kuala Pilah hadir bagi melihat Projek Fertigasi Sayur Berdaun Di Atas Meja di Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.


4) MESYUARAT PENGURUSAN
    
Pada tarikh 22/08/2019 bersamaan dengan hari Khamis, PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan mesyuarat pengurusan bersama-sama kakitangan-kakitangan PPKSKL.  


5) MESYUARAT AHLI JEMAAH PENGARAH BIL 07/2019 PADA 23/08/2019
    
      Pada hari Jumaat (23/08/2019), Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah yang pertama diadakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan bagi melantik pengerusi  Ahli Jemaah Pengarah bagi tahun 2019 sehingga tahun 2021.  Pendaftar Negeri Sembilan telah mengambil bahagian bagi memastikan segala proses pemilihan pengerusi berlangsung dengan baik dan Yang Berhormat Dato' Haji Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.  




6) PERSIAPAN KEMERDEKAAN BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 62  DI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SRI KLANA LENGGENG, NEGERI SEMBILAN (29/08/2019)










Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN