PERTUKARAN KAKITANGAN PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

Tn Hj Muhamad Nasri selaku Pengurus Besar PPK Lenggeng menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Pengurus Besar Baru iaitu Puan Wan Noorhusna. Warga PPK Lenggeng mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Tn Hj Muhamad Nasri diatas perkhidmatan beliau di PPK Lenggeng. Banyak perubahan yang dibuat yang dapat dimanfaatkan oleh kakitangan. 

Usaha ini adalah untuk memajukan PPK Lenggeng dan menjaga kepentingan ahli-ahli peladang PPK. Beliau telah berpindah ke LPP Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Februari 2021 dan diambil alih oleh Puan Wan Noorhusna yang bertukar dari LPP Negeri Sembilan ke PPK Lenggeng. Semoga di bawah kepimpinan pentadbiran Puan Husna dapat diteruskan dengan lebih baik dan kerjasama oleh semua warga PPK Lenggeng. 

#pertukarankakitangan2021 
#ppklenggeng2021



Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN