Posts

Showing posts from June, 2020

E-Buletin PPK Sri Klana Lenggeng Edisi 2/2019 Julai-Disember 2019

PENGUMUMAN Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah berjaya menghasilkan Edisi 2 buletin bagi bulan Julai hingga Disember tahun 2019. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kakitangan, Ahli Jemaah Pengarah, dan ahli-ahli peladang serta komitmen semua pihak di PPK SKL. Pihak PPK SKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. #bergerakmajubersamapeladang

Lawatan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling

Image
Assalamualaikum WBT,  PPK Sri Klana Lenggeng, Negeri Sembilan sekali lagi telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling pada 23hb Jun 2020 jam 11.00 pagi.  Tujuan lawatan ini adalah melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di Kompleks Pejabat PPK Sri Klana Lenggeng.  Baru-baru ini, Projek Fertigasi Sayuran Berdaun seacara atas meja ini, telah mendapat sambutan daripada pihak atasan dan PPK di seluruh negeri. PPK Sri Klana Lenggeng sangat mengalukan kedatangan atau kunjungan dari mana-mana PPK untuk belajar atau memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai spefisikasi Fertigasi Sayuran Berdaun dan juga khidmat nasihat. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PPK Gombak & Petaling kerana sudi datang ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga PPK Sri Klana Lenggeng juga boleh mengadakan lawatan ke PPK GP. Bintang Barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi, Jika tidak melarat panjang, Ada umur, ketemu lagi.

Lawatan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Gajah, Perak

Image
Pada 23hb Jun 2020 bersamaan 01 Zulkaedah 1441 H, PPK Sri Klana Lenggeng telah menerima satu kumpulan lawatan dari PPK Kg Gajah (PPK KG) , Perak Darul Ridzuan. Lawatan ini dihadiri oleh Pengurus Besar PPK KG dan 5 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini.  Lawatan ini bertujuan adalah untuk melawat projek Fertigasi Meja Sayuran Berdaun di PPK Sri Klana Lenggeng yang dikenali di seluruh negeri. Lawatan ini juga membincangkan sedikit sebanyak mengenai spesifikasi projek sebagai pendedahan PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek ini di PPK mereka sendiri. Terima kasih kepada Pengurus Besar dan kakitangan PPK Kg Gajah yang sempat hadir ke PPK Sri Klana Lenggeng. Semoga pendedahan mengenai projek dapat memberi sedikit asas kepada PPK Kg Gajah untuk membangunkan projek tersebut.  Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah PPK SKL dan PPK KG berjumpa lagi.