Posts

Showing posts from September, 2019

Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Bil 8/2019

Image
Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Bil 8 Tahun 2019. Telah berlangsungnya Mesyuarat AJP pada 23 September 2019 jam 9.30 pagi. Dihadiri 7 orang Ahli Jemaah Pengarah dan seorang Wakil Pendaftar LPP, Negeri Sembilan. Mesyuarat pada hari ini adalah untuk mengkaji dan membincangkan projek-projek baharu bagi menjana pendapatan PPK SKL pada masa akan datang. Mesyuarat ini juga meluluskan permohonan-permohonan Jadi Ahli, Berhenti Ahli, Pindah Milik Saham serta meluluskan permohonan Kumpulan Wang Kebajikan Ahli dan Pendidikan.  #bergerakmajubersamapeladang #ppkskl

Tuaian Cili Bara

Image
Assalamualaikum warga Ahli-Ahli Peladang PPK SKL, Baru-baru ini, PPK telah menyewakan tapak projek kepada usahawan ahli peladang PPK Sri Klana Lenggeng. Tanaman yang diusahakan ialah tanaman cili bara (cili padi / lada kecil) bermula bulan Jun yang lalu. Hasil cili bara telah dituai bermula 2 September 2019 oleh pasukan ahli-ahli PeladangNita.  Kepada ahli peladang PPK Sri Klana Lenggeng dan penduduk sekitar Lenggeng yang ingin membeli cili bara ini boleh mengunjungi tapak projek yang berdekatan dengan pejabat PPK Sri Klana Lenggeng.  Harga yang tawarkan adalah berpatutan mengikut harga pasaran 

Lawatan Kerja dari LPP Terengganu

Image
Lawatan kerja daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu ke Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng pada 13 September 2019 jam 3.00 petang. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melawat tapak projek Sayuran Berdaun di perkarangan pejabat yang diusahakan oleh PPK SKL bersama ahli peladang muda. # bergerakmajubersamapeladang # ourfoodourfuture

Program Kembara Pasca Merdeka

Image
Program Kembara Pasca Merdeka (9 Jam) 12 buah Pertubuhan Peladang di Negeri Sembilan Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2019 😊 😊 😊 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 😊 😊 😊

AKTIVITI PPK SRI KLANA LENGGENG SEPANJANG BULAN OGOS 2019

Image
Assalamualaikum W.B.T. Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan pelbagai aktiviti yang manarik  sepanjang bulan OGOS 2019. Berikut adalah aktiviti-aktiviti PPK SKL:- Kalendar PPK SKL bagi Bulan Ogos 2019 1) LAWATAN DARIPADA PERGERAKAN WANITA RISDA (01/08/2019) Pergerakan Wanita RISDA terdiri daripada lebih kurang 80 orang ahli telah menyertai lawatan ke PPK SKL bagi melawat Projek Fertigasi Sayur Berdaun Di Atas Meja (DIY), Projek Fertigasi Cili Api, kedai input pertanian dan nurseri anak pokok.   2)   PERHIMPUNAN WARGA     TANI DAERAH REMBAU          SEMPENA MEMPERINGATI  6 OGOS HARI PELADANG, PERTERNAK & NELAYAN SERTA KEMBARA 4X4 Perhimpunan Warga Tani di Daerah Rembau di Dewan Agora, Rembau bersempena memperingati 6 Ogos sebagai Hari Peladang, Perternak & Nelayan serta Kembara 4x4 telah berlangsung dengan baik dan perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Yang berhormat Dato' Haji Salahuddin

Pelantikan Pengerusi PPK Sri Klana Lenggeng

Image
Pejabat  Pendaftar Pertubuhan Peladang telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng Bil. 07 Tahun 2019 pada 23 Ogos 2019 (Jumaat) bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1440 Hijrah. Antara agenda-agenda yang dibincangkan ialah 'Pemilihan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng'.  Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah telah menerima Yang Berhormat Dato' Haji Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.

E-BULETIN PPK Sri Klana Lenggeng Edisi 01/2019 Jan-Jun 2019

Pengumuman Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah berjaya menghasilkan Buletin Edisi 01/2019 bagi keluaran bulan Januari sehingga Jun Tahun 2019.  📖 📖 📖 📖 Kejayaan menghasilkan buletin ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan diantara kakitangan, Ahli Jemaah Pengarah dan ahli-ahli peladang serta komitmen semua pihak di PPK SKL ini.  👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 Pihak PPK SKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak la ngsung .  👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 # bergerakmajubersamapeladang

AKTIVITI PPK SRI KLANA LENGGENG BULAN JULAI 2019

Image
Assalamualaikum W.B.T. Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang JULAI 2019.   Berikut merupakan aktiviti-aktiviti PPK SKL:- KALENDAR AKTIVITI PPK SKL SEPANJANG JULAI 2019 1)  KERJA-KERJA PENGHANTARAN BAGI TENDER PENDIDIKAN       PADA  09/07/2019 SEHINGGA 12/07/2019      PPK Sri Klana Lenggeng telah menghantar peralatan alat tulis ke Jabatan Pendidikan Negeri                Sembilan. 2) MESYUARAT AHLI JEMAAH PENGARAH (AJP) BIL 06/2019 PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan Mesyuarat AJP pada 19 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat PPK SKL. 3) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE  39      PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SRI KLANA LENGGENG BAGI TAHUN 2019 Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 39 pada 24 Julai 2019 bertempat di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan.  Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ta