Posts

Showing posts from March, 2021

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

Image
  Assalamualaikum WBT PPK Sri Klana Lenggeng akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang bagi Tahun 2021 bermula pada 25 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 seperti jadual di bawah mengikut unit peladang masing-masing. Kouta kehadiran adalah terhad kepada 50 % sahaja kerana pematuhan SOP yang ditetapkan. p/s : sebarang pertanyaan boleh call no pejabat kami di talian 03-87667813

E-Buletin Edisi 2 Bulan Julai hingga Disember 2020

Image
PENGUMUMAN  Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah berjaya menghasilkan Edisi 2 buletin bagi bulan Julai hingga Disember tahun 2020.  Kejayaan ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kakitangan, Ahli Jemaah Pengarah, dan ahli-ahli peladang serta komitmen semua pihak di PPK SKL. Pihak PPK SKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.   #bergerakmajubersamapeladang

E-Buletin Edisi 1 Bulan Januari hingga Jun 2020

PENGUMUMAN Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng   telah berjaya menghasilkan Edisi 1 buletin bagi bulan Januari hingga Jun tahun 2020. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kakitangan, Ahli Jemaah Pengarah, dan ahli-ahli peladang serta komitmen semua pihak di PPK SKL. Pihak PPK SKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. #bergerakmajubersamapeladang

PERTUKARAN KAKITANGAN PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

Image
Tn Hj Muhamad Nasri selaku Pengurus Besar PPK Lenggeng menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Pengurus Besar Baru iaitu Puan Wan Noorhusna. Warga PPK Lenggeng mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Tn Hj Muhamad Nasri diatas perkhidmatan beliau di PPK Lenggeng. Banyak perubahan yang dibuat yang dapat dimanfaatkan oleh kakitangan.  Usaha ini adalah untuk memajukan PPK Lenggeng dan menjaga kepentingan ahli-ahli peladang PPK. Beliau telah berpindah ke LPP Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Februari 2021 dan diambil alih oleh Puan Wan Noorhusna yang bertukar dari LPP Negeri Sembilan ke PPK Lenggeng. Semoga di bawah kepimpinan pentadbiran Puan Husna dapat diteruskan dengan lebih baik dan kerjasama oleh semua warga PPK Lenggeng.  #pertukarankakitangan2021  #ppklenggeng2021