Posts

Showing posts from April, 2020

Program Sumbangan Bekalan Makanan (Covid-19)

Image
Seramai 150 orang ahli peladang yang terputus bekalan makanan dan kedudukan kewangan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak corona virus atau dikenali sebagai virus Covid-19 telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng.  Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah iaitu Dato' Zulkefly Mohamad bin Omar di 15 buah unit peladang dalam kawasan pengendalian PPK Sri Klana Lenggeng bersama Ahli Jemaah Pengarah, Ketua-Ketua Unit serta barisan pengurusan yang sempat hadir. Program ini diadakan pada 07 April 2020 bersamaan 13 Syaaban 1441 Hijrah. Program ini dilaksanakan dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Sumbangan yang diagihkan adalah berbentuk makanan bernilai RM 100.00 setiap seorang. Sumbangan ini terdiri daripada beras, gula, minyak masak dan lain-lain makanan lagi.  Menurut Dato' Pengerusi PPK Sri Klana Lenggeng, "Jelas terpancar senyuman ahli-ahli peladang