Gotong-Royong PPK Sri Klana Lenggeng


LENGGENG - PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pejabat dan luar pejabat serta mengecat dinding pagar pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Aktiviti gotong-royong ini bermula jam 9.00 pagi selepas bacaan surah Yassin dan berakhir jam 12.15 tengah hari.

Gotong-royong ini melibatkan semua kakitangan PPK Sri Klana Lenggeng dan pelajar praktikal. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan dapat menyemarakkan semangat tahun 2020 untuk memajukan perniagaan PPK Sri Klana Lenggeng.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan yang sentiasa bekerjasama dalam memajukan PPKSKL. 

#PPKSKL #bergerakmajubersamapeladang #semangat2020












Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN