Posts

Showing posts from March, 2020

Gotong-Royong PPK Sri Klana Lenggeng

Image
LENGGENG - PPK Sri Klana Lenggeng telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pejabat dan luar pejabat serta mengecat dinding pagar pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Aktiviti gotong-royong ini bermula jam 9.00 pagi selepas bacaan surah Yassin dan berakhir jam 12.15 tengah hari. Gotong-royong ini melibatkan semua kakitangan PPK Sri Klana Lenggeng dan pelajar praktikal. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan dapat menyemarakkan semangat tahun 2020 untuk memajukan perniagaan PPK Sri Klana Lenggeng. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan yang sentiasa bekerjasama dalam memajukan PPKSKL.  #PPKSKL #bergerakmajubersamapeladang #semangat2020