MESYUARAT AGUNG PELADANGNITA



Assalamualaikum WBT.

Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PeladangNita Bil 1 Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng pada 06 Februari 2020 jam 9.00 pagi. 
Seramai 8 daripada 15 orang yang hadir dalam Pemilihan Pengerusi & Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2019-2021. 

Pemilihan ini dikendalikan oleh Pihak Urusan Pendaftar Cawangan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan. Semua calon diberikan 4 helai kertas setiap seorang untuk membuat pemilihan pencalonan secara undian sulit. Pemilihan ini terbahagi kepada empat iaitu Pemilihan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari & 2 orang Ahli Jawatankuasa. Keputusan akan dikira mengikut undian tertinggi.

Mesyuarat mengucapkan tahniah kepada perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru. Adalah diharapkan jawatankuasa baru dapat meneruskan bagi kecemerlangan legasi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng dalam kategori wanita di masa hadapan. 





Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG TAHUN 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI, NEGERI SEMBILAN