Posts

Showing posts from April, 2021

PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021

Image
PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT NAFAS (RAMADHAN) KEPADA ASNAF AHLI PELADANG PPK SRI KLANA LENGGENG TAHUN 2021 Pada 16 April 2021 (Jumaat) bersamaan 04 Ramadhan 1442H, Program Pengagihan Sumbangan Zakat NAFAS (Ramadhan) kepada Asnaf Ahli Peladang PPK Sri Klana Lenggeng bagi tahun 2021 telah diadakan bertempat di Dewan Hj Muhamad Tainu berdekatan dengan pejabat PPK Sri Klana Lenggeng. Program ini dihadiri oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang serta kakitangan pengurusan PPK Sri Klana Lenggeng.  Sumbangan zakat ini adalah lebihan zakat yang diperolehi oleh PPK Sri Klana Lenggeng pada tahun 2020 untuk diagihkan kepada ahli peladang berjumlah RM 17,000.00.  Zakat NAFAS ini disampaikan kepada ketua unit peladang untuk diagihkan kepada ahli peladang masing-masing.  Seramai 75 orang ahli peladang di setiap unit peladang yang menerima sumbangan tersebut. Pemberian sumbangan ini adalah berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti minyak masak, tepung, gula, minyak, b

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT PELADANG (MATUP) TAHUN 2021

Image
  Assalamualaikum WBT,           Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang (MATUP) bagi tahun 2021 bermula 25 Mac 2021 sehingga 10 April 2021. Sebanyak 15 buah unit peladang yang terlibat dan kehadiran adalah terhad kepada 50% bagi setiap unit peladang disebabkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang (MATUP) ini telah dimaklumkan di Balai Polis berdekatan bagi mengelakkan sebarang kesalahan tatacara mengadakan mesyuarat.      Tahun 2021 adalah merupakan Tahun Pemilihan untuk pelbagai jawatan disemua peringkat Pertubuhan Peladang (PP) bagi sesi 2021 hingga 2023. Perlaksanaan  Mesyuarat Agung Tahunan PP berdasarkan Arahan Pendaftar PP, Peraturan-Peraturan PP 1983 dan Perlembagaan PPK. Mengikut Peraturan 41(1)(a). Peraturan-Peraturan PP 1983 bagi unit-unit ahli sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan tidak lewat dari hari terakhir dalam bulan Mei tahun 2021. Lembaga Pertub